ALL ABOUT US

Contact Form

Name

Email *

Message *

  • [BLOGGING IS IN THE BLOOD | REVIEW | TRAVEL | EVENT | PRODUCTS | BOOKS | FOOD AND BEVERAGES | SAFETY | HEALTH | QUALITY ASSURANCE | MYSTERY SHOPPING | TRANSLATION | PARENTING | FAMILY | EVERYTHING.] [FOR ANY REVIEW | EVENT | ADVERTORIAL | FREELANCE | TRAINING | CATERING | ALL KINDS OF JOB | KINDLY CONTACT: 018-2767882 / HARTINI.HUSSAIN.WORK@GMAIL.COM] [ANY PICTURE(S) WHICH WAS @ WERE NOT ORIGINATED BY US ARE THE PROPERTY OF THE OWNER AND THE CREDIT GOES TO THEM.]

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

Friday, May 7, 2021

4 RESIPI INI DAPAT MEMBANTU IBU AYAH MEMBERIKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK TERSAYANG

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... dah masuk minggu terakhir kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini... dalam pada kita berrpuasa dan teruja untuk menyediakan atau membeli juadah berbuka puasa dengan pelbagai menu tradisional yang jarang ditemui, kadangkala, nak cari menu untuk anak-anak memang agak sukar juga kan... makcik sekeluarga semenjak berada di selatan tanah air ni, adakalanya (kadang-kadang) agak sukar juga nak cari menu untuk anak-anak... bukannya apa, selepas dah berpuasa satu hari tu, kadangkala nak jugalah bagi reward kat anak-anak sebab dah berjaya menahan nafsu mereka... haaa, jangan macam-macam, anak-anak ni, nafsu nak berebut, nafsu nak mengacau adik, nafsu malas nak belajar, yang camtulah biasanya kannnn... hehehehe... alhamdulillah, setakat ni, bila nak tercetus je adegan yang tidak ingin dilihat contohnya bergaduh ke, terus tanya kat anak-anak, puasa kan?... terus cancellah depa nak buat perangai... ala, kita dulu pun camtulah kan... ibadah berpuasa secara tidak langsung sebenarnya mendidik kita untuk sabar dan berlapang dada tak gitu?...

Orait, since kadang-kadang payah naa nak cari menu untuk budak-budak, makcik kadang-kadang masak je simple-simple guna periuk elektrik comel makcik tu... pssttt, selalunya anak makcik yang sulung yang paling rajin nak masak itu-ini... hehehehe... alhamdulillah, sekarang ni anak bongsu makcik yang Tahun Satu tu pun dah bolehlah masak nasi dan goreng telur dadar... bolehlah kan... sikit-sikit kita ajar anak-anak agar mereka mudah nak survive... maklumlah, makcik dan pakcik korang ni memang survivor... hehehehe... 

So, jom kita tengok 4 resipi untuk menu kanak-kanak yang makcik dah kumpulkan ni... bolehlah korang cuba nanti tau... makcik dah cuba dah... alhamdulillah menjadi... tu yang nak share dengan korang jugak tu... jom layanzzzz...

Kredit resipi: Az Kitchen, Azizah Ramli, Eetalian Pasta

1) PUMPKIN BROWN RICE PANCAKE

BAHAN-BAHAN
3 sudu besar puri labu
3 sudu besar serbuk beras perang
1 biji telur
Minyak masak

CARA PENYEDIAAN
1) Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk. Kacau sebati.
2) Panaskan non-stick pan. Oleskan sedikit minyak. Masukkan adunan pancake.
3) Masak sehingga kedua-dua bahagian keperangan.
4) Sedia untuk dinikmati bersama jem, peanut butter, coklat dan sebagainya.


Mana nak cari puri labu dan serbuk beras perang?

Nah, ni ada ni...





2) SPINACH OMELETTE ROLLS

BAHAN-BAHAN
1 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk ayam
1/2 sudu kecil serbuk jagung
1/2 sudu kecil serbuk labu
Sayur bayam
Minyak masak

CARA PENYEDIAAN
1) Satukan telur, serbuk ayam, serbuk jagung dan serbuk labu dalam mangkuk. Pukul adunan telur hingga sebati.
2) Panaskan non-stick pan. Masukkan sedikit minyak. Tuang adunan telur.
3) Susunkan sayur bayam atas adunan telur. Gulungkan telur. Masak hingga keperangan.
4) Sedia dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi sebagai sumber protein.


Mana nak cari serbuk ayam, serbuk jagung dan serbuk labu?

Nah, ni ada ni...



100 gram mixed vege pasta #EatalianExpress
3-5 keping fillet ayam
Tepung ayam goreng Bestari
2 sudu besar butter
1/2 biji bawang Holland (dipotong dadu)
1 ulang bawang putih (dihiris)
2 tangkai daun kari
3 biji cili padi (dihiris) (kuantiti bergantung pada tahap kepedasan masing-masing)
1/2 cawan susu cair
Garam dan serbuk lada secukupnya

CARA PENYEDIAAN
1) Rebus pasta selama 5 minit. Pastikan air mendidih terlebih dahulu sebelum memasukkan pasta. Kemudian toskan pasta.
2) Gaulkan ayam bersama tepung dan goreng ayam sehingga garing. Angkat ayam dan ketepikan.
3) Panaskan kuali dan cairkan butter.
4) Masukkan bawang putih, bawang Holland, daun kari dan cili padi. Masak sehingga wangi.
5) Masukkan susu cair sedikit demi sedikit.
6) Tambahkan garam dan serbuk lada. Kacau sehingga pekat. Tutup api.
7) Tuangkan kuah ke atas ayam goreng tadi. Sedia untuk dihidangkan bersama pasta.

*Taburkan chilli flakes untuk lebih pedas dan makanan kesihatan cantik :laughing:


Mana nak cari mix vege pasta?

Nah, ni ada ni...





4) SCRAMBLE EGG WITH VEGE PASTA

BAHAN-BAHAN
500 gram Pasta Star By Eatalian Ekspress
4 biji telur

2 biji bawang merah cincang

2 biji bawang putih cincang

Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Hirisan tomato

Daun salad

Mayonis

Roti biasa (roti gandum lagi baik)

CARA PENYEDIAAN
1) Panaskan minyak, tumis bawang merah bawang putih sehingga harum
2) Masukkan telur. Kacau laju-laju supaya telur hancur kecik kecik comel. Kacau sehingga semua telur masak.
3) Masukkan pasta star by Eatalian Ekspress, garam lada sulah dan kacau sebati.
4) Pindah ke dalam mangkuk untuk digaul bersama mayonis. Kalau tak nak mayonis pun boleh. Tapi sapu planta tebal sikit supaya pasta telur tak terburai keluar.
5) Susun tomato dan salad macam sandwich biasa.


Mana nak cari pasta star?

Nah, ni ada ni...



Thursday, May 6, 2021

TELEKUNG JASMIN PRETTY AINI





RM130
postage RM8 SM / RM12 SS

1) Material premium cotton yang lembut, selesa, sejuk, dan nyaman.
2) Material agak berat.
3) Sulam tampal yang senada dengan warna telekung.
4) Tak jarang, tak nipis, tak panas.
5) Datang dengan bag yang comel dan bertangkai kayu.
6) Kepala bertali bukan getah (senang nak adjust) kalau getah takut ketat sangat atau longgar sangat.
7) Untuk ketinggian 175 cm ke bawah.
8) Berat bawah 96 kg boleh pakai.
9) Ukuran muka 11 atau 12 (standard).
10) Labuh kain 46 inci.
11)  Mempunyai bag yang comel (10 inci x 10 inci).
12)  Ada 15 warna yang cantik dan menarik.
13) Sesuai untuk hantaran, gift, solat harian dan lain-lain.


xoxo

OPPO A74 5G SMARTPHONE & VIVO V21 SMARTPHONE 8GB+128GB DEALS


The weekend is near but this doesn't mean Shopee is putting a halt to our daily deals and promos. Today is Thursday and you know what that means!

Its Tech Thursday! The only day of the week where we feature all things Tech for all our gadget heads out there.

This week we are introducing the NEW LAUNCH of OPPO A74 [5G] & VIVO V21 Series! 📱📱📱📱
You can pre-order yours today to enjoy RM50 Off 🔥🔥🔥🔥

OPPO A74 5G Smartphone


VIVO V21 Smartphone | 8GB+128GB

CLICK HERE TO OBTAIN THIS VIVO DEAL

Thats not all, we have 20% Coins Cashback voucher up for grabs when you shop today!

Don't miss out on these irresistible deals! Turn on those reminders for some awesome deals and discounts happening every Thursday for all things Tech!




xoxo

Wednesday, May 5, 2021

WORDLESS WEDNESDAY - 11 SUNNAH RASULULLAH SAW DI BULAN RAMADHAN













xoxo

Tuesday, May 4, 2021

5 TIPS UNTUK MENDAPATKAN BERAT BADAN IDEAL SEPANJANG BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum dan hai hai hai everything… dah masuk minggu ketiga puasa ni mesti ramai yang dah start check samada baju raya yang dibeli tu muat untuk dipakai ke idok kan kan kan… haaaa, makcik tau, ada yang dah mula risau kalau baju raya nanti tak muat nak dipakai tak gitu?... hehehehe… korang, makcik pun pernah tau berada dalam situasi tu… nak pakai kain baju kurung sampai kena kempiskan perut dulu baru boleh zip, nak pakai seluar sampai kena baring-baring atas katil baru boleh lolos… tapi yang paling makcik pentingkan ialah kesihatan sebab makcik dah pernah lalui zaman hampir Aneroxia Nervosa sampai nak makan pun takut, berat badan 38 kilogram je… apabila timbang dan jarum penimbang menunjukkan 40 kilogram, makcik jadi tak keruan, risau dan anxiety… lama jugak nak rawat hati dulu… sekarang pula alhamdulillah dah dapat berat badan yang sihat (according to my BMI) cuma nak maintain agar sentiasa dalam kesihatan yang optimum…
 
Apa yang makcik cuba nak sampaikan kat sini adalah bukan kurus atau gempal yang menentukan tahap kesihatan kita ya korang, yang penting ialah kesihatan dalaman kita tu...  makcik dah lalui gaisssss… sekarang ni memanglah kita berada dalam fasa PKP, PKPB atau PKPP kan… walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan… kita raikanlah HARI KEMENANGAN yakni AIDILFITRI bersama mereka yang terdekat, bersama keluarga kecil kita… gembirakanlah anak-anak kerana mereka berhak merasai keseronokan berhari-raya walaupun dalam norma baru…
 
Okay, berbalik kepada baju raya tadi, ni makcik nak share dengan korang 5 tips untuk memastikan korang boleh pakai baju raya korang dengan gembiranya di pagi raya nanti insyaAllah… makcik dah cuba dah tips ni di tahun-tahun sebelum ni dan akan buat juga untuk tahun ini… berhasil gaissss… baju raya masa umur 16 tahun pun makcik boleh pakai balik tau masa tahun lepas… tapi tahun lepaslah… tahun ni, makcik sedang berusaha merealisasikan lagi harapan untuk makcik maintainkan berat badan yang ideal ni haaaa… jom kita sihat sama-sama okay… zassss…

Credit gambar: Encik Google
 
TIPS 1: BELI ATAU SEDIAKAN MAKANAN BERBUKA PUASA SECARA BERPADA-PADA
 
Haa, ini memang kita kena control nafsu makan gaissss… makcik ni kalau pergi ke pasar Ramadhan, dululah kan… tengok kuih yang jarang nampak rasa macam nak, tengok masakan yang pelik-pelik rasa teringin… tengok kek warna-warni rasa bak digamit-gamit je… so, apa yang makcik buat?... makcik setkan certain budget setiap hari dan hanya bawa duit ikut budget je masa pergi ke gerai-gerai atau time membeli barang dapur untuk hari tu… maka, kebarangkalian untuk makcik berbelanja lebih akan berkurangan… apabila makcik kurang berbelanja, maka, makanan siap yang dibeli atau bakal dimasak akan menjadi secukup yang diperlukan sahaja… agitchewwww…


TIPS 2: ELAK MAKAN BERLEBIHAN SEMASA BERBUKA PUASA
 
Apabila kita dah sediakan makanan berbuka yang just nice, ngam-ngam sudah tentu kita akan dapat mengawal pemakanan kita… untuk mengelakkan makan secara berlebihan semasa berbuka puasa, korang boleh makan sedikit sahaja semasa berbuka puasa sebagai alas perut… then, korang tunaikanlah solat Maghrib dahulu, lepas tu sebelum solat Isyak, korang bolehlah makan sedikit tid-bids… continue solat Isyak dan solat Tarawikh dan bolehlah makan sedikit makanan berat…
 

TIPS 3: KUNYAH MAKANAN DENGAN BETUL DAN PERLAHAN
 
Menurut Imam Al-Nawawi RA berkata, tiada dalil yang sahih daripada Baginda atau para sahabat berkenaan kunyah makanan sehingga 40 kali…
لم يصح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه أمر بتصغير اللقمة، ولا بتدقيق المضغ قبل البلع
Maksud: “Tiada dalil yang sahih daripada Baginda SAW yang memerintahkan supaya makanan dikecilkan atau dengan suapan yang banyak.” (Sahih Ibnu Hiban, no. 4872)

Namun, anjurannya di sini ialah makanan yang masuk ke mulut perlu dikunyah dan tidak boleh dimakan begitu sahaja bagi memudahkan penghadaman dan juga untuk mengelakkan masalah perut... malahan, terdapat sebuah kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Harvard School of Public Health di Amerika Syarikat terhadap sekumpulan lelaki mendapati bahawa mereka yang mengunyah makanan lebih lama berbanding yang mengunyah sekejap dan terus menelan (kurang dari 15 kali) boleh mengelakkan obesiti dan kalori makanan akan berkurang...

Tempoh mengunyah makanan dengan lebih lama membolehkan ia bercampur dengan air liur secara baik. Ia penting bagi membantu melicinkan makanan dan mengurangkan tekanan pada esofagus serta menyumbang kepada proses penghadaman melalui enzim yang ada...

Kredit maklumat: Klik di sini

 
TIPS 4: MULAKAN BERBUKA PUASA DENGAN KURMA
 
Umum mengetahui bahawa kurma memang memberikan tenaga... Rasulullah SAW sendiri berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum baginda menunaikan solat... ia sebagaimana hadis: “Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum sembahyang, sekiranya, tiada kurma, maka baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur, sekiranya tiada anggur, maka, baginda meminum beberapa teguk air." (Riwayat Ahmad)
 
Menurut Pakar Pemakanan di Avisena Specialist Hospital, Siti Nurhayati Ali, kurma sebenarnya menyumbang tenaga serta-merta kepada mereka yang memakannya apatah lagi, selepas 12 jam berpuasa... "Ia akan memudahkan seseorang beribadah dan menunaikan solat Maghrib dan tarawih... "Pengambilan kurma yang terbaik adalah daripada kurma yang segar," katanya...
 
Beliau turut memberikan panduan kepada kita tentang pengambilan buah kurma sepanjang bulan Ramadan... "Bagi orang dewasa yang sihat, boleh mengambil tiga biji kurma semasa berbuka dan bersahur... "Bagi yang ingin menjaga pengambilan kalori atau bagi pesakit kencing manis yang terkawal kandungan gula dalam darah mereka, hanya satu biji kecil kurma disarankan semasa berbuka dan satu biji lagi sewaktu bersahur," ujar beliau...

Kredit maklumat: Klik di sini


TIPS 5: KEKALKAN KANDUNGAN AIR DALAM BADAN
 
Waktu berpuasa yang panjang mungkin membuatkan badan kita lemah, lesu, bahkan kandungan air yang terdapat dalam badan juga berkurang… keadaan inilah yang menyebabkan hidrasi (kekurangan kandungan air) dalam badan… jadi, untuk memastikan badan kita dapat mengekalkan kandungan airnya, apa kata korang cuba tips ni yang mana korang kena ensure yang korang minum 8 gelas air sehari…

Cadangan:
2 gelas air semasa waktu sahur
2 gelas air semasa waktu berbuka puasa
2 gelas air di waktu senggang sebelum dan selepas solat Isyak
2 gelas air semasa sebelum tidur


Semoga bermanfaat ya semua... till then, see you when I see you... daaa...

xoxo


SENARAI LENGKAP KAWASAN DALAM DAERAH PKP DI SELANGOR YANG BERKUATKUASA BERMULA 06/05/2021 HINGGA 17/05/2021


Assalamualaikum dan hai hai hai everything... biar gambar je yang berbicara agitchewwww... makcik takde apa nak ulas atau bebel tapi hanya nak ingatkan korang bahawasanya ada 6 daerah dalam Selangor yang telah diumumkan untuk berada dalam PKP dan hanya 3 daerah sahaja yang PKPB...

Daerah PKPB

Daerah Kuala Selangor
Tanjung Karang, Bestari Jaya, Ijok, Jeram, Puncak Alam, Api-api, Bukit Melawati, Kuala Sungai Buloh, Ulu Tinggi, Taman PKNS, Bukit Talang, Bukit Belimbing, Pasir Penambang.

Daerah Sabak Bernam
Sungai Air Tawar, Sabak, Sungai Panjang, Sungai Besar, Sekinchan.

Daerah Hulu Selangor
Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu, Batang Kali, Sungai Chik, Ulu Yam, Kerling, Sungai Gumut, Kuala Kalumpang, Peretak, Sungai Choh, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa.


Daerah PKP

Daerah Petaling

Mukim Bukit Raja
Mukim Damansara
Mukim Petaling
Mukim Sungai Buloh
Bandar Petaling Jaya
Bandar Shah Alam (Seksyen 1-24)
Bandar Damansara
Bandar Glenmarie
Bandar Petaling Jaya Selatan
Bandar Saujana
Bandar Sri Damansara
Bandar Subang Jaya
Bandar Sunway
Pekan Batu Tiga
Pekan Merbau Sempak
Pekan Puchong
Pekan Serdang
Pekan Sungai Buloh
Pekan Sungai Penchala
Pekan Cempaka
Pekan Country Height
Pekan Desa Puchong
Pekan HICOM
Pekan Kayu Ara
Pekan Kinrara
Pekan Baru HICOM
Pekan Baru Subang
Pekan Baru Sungai Besi
Pekan Baru Sungai Buloh
Pekan Penaga
Pekan Puchong Jaya
Pekan Puchong Perdana
Pekan Subang


Daerah Klang

Mukim Kapar
Mukim Klang
Bandar Klang
Bandar Port Swettenham
Bandar Sultan Sulaiman
Bandar Shah Alam
Pekan Bukit Kemuning
Pekan Kapar
Pekan Meru
Pekan Telok Menegun
Pekan Batu Empat
Pekan Pandamaran


Daerah Kuala Langat

Mukim Bandar
Mukim Batu
Mukim Jugra
Mukim Kelanang
Mukim Morib
Mukim Tanjong Duabelas
Mukim Telok Panglima Garang
Bandar Banting
Bandar Jenjarom
Bandar Sijangkang
Bandar Tanjong Sepat
Bandar Telok Panglima Garang
Pekan Batu
Pekan Bukit Changgang
Pekan Chodoi
Pekan Jenjarom
Pekan Kanchong
Pekan Kanchong Darat
Pekan Kelanang Batu Enam
Pekan Morib
Pekan Permatang Pasir
Pekan Sijangkang
Pekan Simpang Morib
Pekan Sungai Manggis
Pekan Sungai Raba
Pekan Tanjong Duabelas
Pekan Tanjong Datok
Pekan Tongkah
Pekan Telok


Daerah Hulu Langat

Mukim Beranang
Mukim  Cheras
Mukim Ampang
Mukim Hulu Langat
Mukim Hulu Semenyih
Mukim Kajang
Mukim Semenyih
Bandar Cheras
Bandar Hulu Langat
Bandar Kajang
Bandar Semenyih
Bandar Ampang
Bandar Country Height
Bandar Balakong
Bandar Baru Bangi
Bandar Batu 9, Cheras
Bandar Batu 18, Semenyih
Bandar Batu 26, Beranang
Pekan Beranang
Pekan Kacau
Pekan Tarun
Pekan Bangi Lama
Pekan Batu 18, Hulu Langat
Pekan Batu 23, Sungai Lalang
Pekan Batu 26, Beranang
Pekan Bukit Sungai Raya
Pekan Cheras
Pekan Desa Raya
Pekan Dusun Tua Hulu Langat
Pekan Kajang
Pekan Kampong Pasir, Batu 14, Semenyih
Pekan Kampong Sungai Tangkas
Pekan Rumah Murah Sungai Lui
Pekan Semenyih
Pekan Simpang Balak
Pekan Nanding
Pekan Kembong Sungai Beranang
Pekan Sungai Lui
Pekan Sungai Makau



Daerah Gombak

Mukim Batu
Mukim Ulu Kelang
Mukim Rawang
Mukim Setapak
Bandar Batu Arang
Bandar Kuang
Bandar Rawang
Bandar Gombak Setia
Bandar Ulu Kelang
Bandar Kepong
Bandar Kundang
Bandar Selayang
Bandar Sungai Buloh
Bandar Sungai Pusu
Pekan Batu 20
Pekan Kuang
Pekan Mimaland
Pekan Pengkalan Kundang
Pekan Sungai Buloh
Pekan Templer


Daerah Sepang

Mukim Dengkil
Mukim Labu
Bandar Sepang
Bandar Baru Bangi
Bandar Baru Salak Tinggi
Bandar Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang
Bandar Sungai Merab
Pekan Dengkil
Pekan Salak
Pekan Sungai Pelek
Pekan Batu 1 Sepang
Pekan Bukit Bisa
Pekan Bukit Prang
Pekan Dato’ Bakar Baginda
Pekan Baru Salak Tinggi
Pekan Sungai Merab
Pekan Tanjung Mas


Nah, makcik ingatkan lagi untuk kita sama-sama tanamkan dalam minda okay...

ELAK 3S
1) Sesak
2) Sempit
3) Sembang dekat

AMAL 3W
1) Wash - Kerap cuci tangan
2) Wear - Pakai pelitup muka
3) Warn - Duduk di rumah, etika batuk dan bersin, jangan bersalaman atau bersentuhan, lakukan disinfeksi, dapatkan rawatan jika bergejala.

#kitajagakita #COVID-19 #stayathome #dudukdirumah #kitajagakita #frontliners #socialdistancing #basuhtangandengansabun #jagakebersihan #kkm #mkn #malaysiabersatu #janganbalikkampung #wecangothroughthis #RMO #MCO 

xoxo