SEGMEN : UCAPAN BUAT FRONTLINERS COVID-19

Sambil-sambil blogwalking tadi, aku terserempak dengan segmen ni... perghhhh, dah hujung-hujung dah ni... esok last date ohoiiii... apa lagi, zassss, terus la aku join...


Segmen kali ni berkenaan SOKONGAN BUAT FRONTLINERS COVID-19: HERO KITA... ada one more day to go gaisss... kalau ada yang nak join jugak, sempat lagi ni, tarikh tamat untuk join segmen ni ialah pada 15/06/2020 tau... kat bawah ni syarat-syaratnya ya...

1. Buat entri bertajuk : "SEGMEN : UCAPAN BUAT FONTLINERS COVID-19"

2. Letakkan banner di atas dalam entri anda dan back linkkan ke entri ini..

3. Follow dan komen sekurang-kurangnya 2 entri blog sponsor:

4. Add / like facebook sponsor :

5. Follow Instagram sponsor :

6. Subscribe youtube sponsor :

7. Buat ucapan kepada frontliners Covid19 seluruh Malaysia mengikut kreativiti anda.

8. Setelah selesai, tinggalkan link entri anda di ruangan komen di entri ini.

9. Segmen ini hanya terbuka kepada Blogger di Malaysia sahaja bagi memudahkan sponsor pos hadiah.

Okay, itu part syarat... now, hadiahnya pun menarik gaissss... 

HADIAH UTAMA: X1
Eyes Shadow: X2
Cash/topup RM20: X2

UCAPAN BUAT FRONTLINERS COVID-19


Tiada kata seindah bahasa,
Yang dapat kuucapkan untuk meluahkan betapa berterima-kasihnya diriku,
Atas segala pengorbanan yang telah kau curahkan,
Walaupun dia bukan darah-dagingmu,
Walaupun dia bukan kenalanmu,
Walaupun dia bukan sesiapa bagimu,
Namun, kau tetap berbakti sebaik-baiknya.
Walaupun khidmatmu tidak dipandang,
Walaupun perjuanganmu tidak didendang,
Engkau tetap berdiri teguh melaksanakan tanggungjawab yang digalas demi anak-bangsa,
Engkau tetap utuh memegang janji amanahmu,
Biar tanah ini menjadi saksi,
Biar langit ini menjadi bukti,
Betapa hanya kebaikan dan penghormatanlah yang paling layak diberikan buatmu,
Betapa dirimu sungguh berharga,
Betapa dirimu adalah WIRA,
Terima kasih WIRAku wahai semua frontliners tersayang.


  Ya Tuhanku
Lindungi hambaMu
Dari segala... segala​ azabMu

Ya​ Tuhanku
Bimbinglah hamba​Mu
Dari​ segala... berat ujianMu 

Ya​ Tuhanku
Bantulah mereka
Wira​ negara yang berkorban nyawa
Demi negara bangsa dan agama
Mereka rela berkorban nyawa

Ya​ Allah Ya​ Tuhanku
Rahmatilah mereka
Wira -wira​ negara​ yang​ menggadaikan nyawa

Ya​ Allah​ Ya​ Tuhanku
Ampunilah mereka
Dari​ masa ke​ masa​
Sedang bertarung nyawa

Ya​ Allah​ Ya​ Tuhanku
Sungguh kami tak mampu
Dengan azab​ siksamu
Ampunilah​ aku
Ya​ Tuhan​ku

Ya​ Allah Ya​ Tuhanku
Rahmatilah mereka
Wira -wira​ negara​ yang​ menggadaikan nyawa

Ya​ Allah​ Ya​ Tuhanku
Ampunilah mereka
Dari​ masa ke​ masa​
Sedang bertarung nyawa

Ya​ Allah Ya​ Tuhanku
Rahmatilah mereka
Wira -wira​ negara​ yang​ menggadaikan nyawa

Ya​ Allah​ Ya​ Tuhanku
Ampunilah Mereka
Dari​ masa ke​ masa​
Sedang bertarung nyawa

Ya​ Allah​ Ya​ Tuhanku
Sungguh kami tak mampu
Dengan azab​ siksaMu
Ampunilah​ aku

Ya​ Tuhanku
Lindungi​ hamba​ Mu
Dari​ segala... segala​ azab​Mu

Ya​ TuhanKu
Bimbinglah​ Hamba​Mu
Dari​ segala berat​ ujian​Mu


xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

3 Comments

Previous Post Next Post