MODAL BERNIAGA AIR BALANG

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... sedar tak sedar, tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk kita sampai ke bulan Ramadhan kan... semoga kita dipanjangkan usia agar dapat bertemu bulan Ramadhan pada tahun ini... seperti biasa, apabila tiba bulan Ramadhan nanti, ramai yang akan cuba untuk menjana pendapatan tambahan atau sampingan dengan cara berniaga...

Kalau korang ada terfikir untuk buat apa-apa projek sampingan pada bulan Ramadhan nanti.... inilah waktunya untuk korang mulakan langkah... maklumlah, pada waktu ini, sudah ada beberapa tempat yang akan mula membuka pendaftaran untuk sewa tapak bagi bazar ramadhan nanti... lebih-lebih lagi bagi tempat yang HOT kannnn... memang kena cepat, kalau lambat hantar borang permohonan tapak.. memang melepaslah jawabnya...

Jadi, korang sudah ada terfikir untuk buat apa-apa projek sampingan?.. kalau belum ada, makcik nak cadangkan korang buat projek bisnes air balang...


Kredit gambar: PLATS Selangor

Bisnes air balang ni memang sudah sebati dengan bazar ramadhan betul tak?... pergi mana-mana bazar ramadhan, mesti ada orang jual air balang.

Sebab apa?


Sebab air balang ni memang ada permintaan dan memang orang cari di bazar ramadhan... tambahan lagi bila cuaca tengah panas, memang berebut orang beli!.. jadi, bila jual air balang ini memang tidak timbul persoalan.. "Ada ke orang nak beli?"

SEBAB


MEMANG MESTI ADA ORANG YANG AKAN BELI!

Maklumlah, nak buat bisnes air balang ini tidak perlukan modal yang besar, biasanya sekitar RM1,000 sahaja sudah mencukupi... sebab itu ramai juga peniaga yang cuba menjual air balang...

Maka, wujudlah sedikit persaingan antara peniaga!


Hah! Maka disinilah korang perlukan ilmu dan strategi kalau nak berniaga air balang!

Macam mana nak tarik pelanggan untuk membeli air dari anda?
Apa kelebihan air anda berbanding air orang lain?
Air apa yang paling ramai orang suka dan paling laris untuk dijual?

Benda-benda tu semua kena tahu....
Kalau tak tahu.. kenalah cari ilmu dan belajar!.

Baiklah, untuk tidak menghampakan, nah makcik kongsikan anggaran kos secara kasar untuk memulakan perniagaan air balang!


ANGGARAN MODAL PERMULAAN BISNES AIR BALANG


Berikut adalah anggaran kasar modal untuk memulakan bisnes air balang..
1) 1 unit kanopi 10 x10 : RM150
2) 1 set meja pasar malam : RM100 (maksima)
3) 3-4 balang air : RM120-130 (per balang)
4) 2 kerusi : RM 10-RM20
5) 1 alas meja : RM30-RM40
6) 1 senduk air gula: RM10 (maksima)
7) 1 unit bekas duit : Guna tin milo atau susu atau Tupperware-percuma
8) 1 unit bekas air gula: RM5-10
9) 1 pek plastik bungkus Air 7x10 atau 8x12: RM4 – 8(Per pack )
10) Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)
11) 4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)
12) 1 dozen Straw: RM 5-6
13)  Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)

Jumlah keseluruhan untuk modal pemulaan adalah sekitar RM1,000.

.

BERAPA PULA MODAL HARIAN?


Kos untuk membeli bahan-bahan membuat air seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM20 bagi setiap balang dan ianya bergantung kepada jenis air yang korang nak jual!.. kalau jual air soya contohnya, modal tak sampai RM10 pun...

POTENSI JUALAN DAN KEUNTUNGAN


Katakan korang jual 5 balang air = modal harian sekitar RM100 sehari.
Setiap balang air yang bersaiz 33 liter, boleh dapat 27 bungkus air. Dan setiap bungkus dijual dengan harga RM3.
Jadi, jualan sehari korang RM3 X 27 bungkus X 5 balang = RM405
Tolak modal harian korang RM405 - RM100 = RM305

Now, darab pula dengan 25 hari berniaga di bazar (lagi 5 hari sebab malas atau nak balik kampung atau hari hujan)
RM305 X 25hari = RM7,625

UNTUNG = RM7,000 beb sebulan!

AMACAM?

Klik je kat bawah ni untuk panduan lengkap hokey...


All the best dalam usaha korang meningkatkan pendapatan... makcik doakan semoga korang berjaya dan beroleh manfaat daripada perkongsian ini... cuba jangan tak cuba tau.... ingat, mimpi tidak bermakna tanpa keberanian... beranilah meneruskan apa yang korang impikan hokey... till then, take care, see you when I see you... daaaa...

xoxo

Post a Comment

2 Comments

  1. semoga adalah ruang untuk mereka yang cari pendapatan lebih atau nak divert dari niaga A ke niaga B pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ammi... Yang penting kita berusaha untuk mencari pendapatan walaupun perit kan... A tak berjaya, ada B, C, D dan seterusnya...

      Delete