Assalamualaikum dan hai hai hai everything... pada bulan Disember 2021 yang lalu, kita dikejutkan dengan bencana banjir yang berlaku di Selangor dan Melaka... keadaan ini adalah yang pertama kali berlaku di kawasan terjejas sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu... akibat banjir, banyak harta-benda musnah dan mengalami kerosakan... tidak kurang juga kemalangan jiwa yang berlaku terhadap penduduk setempat juga haiwan peliharaan... keadaan amat genting bila mana paras air banjir naik secara mendadak...
Makcik masih ingat lagi, pada waktu itu, makcik mendapat perkhabaran tentang banjir yang berlaku di kediaman keluarga abang ipar makcik di Melaka... tergamam makcik, tak tahu nak fikir apa masa tu... yelah, masa tu makcik sebenarnya berada di Pulau Pinang bersama-sama warga tempat kerja makcik untuk company trip... I was so shocked seriously... dah la kawasan tu memang bukan kawasan banjir, so, I was like cannot brain at all... sel-sel otak bukan je tak berhubung masa tu, hampir terputus hubungan terus uollssss...
Cepat-cepat makcik call biras makcik untuk memastikan keadaan mereka sekeluarga... kalau nak diikutkan, based on video yang dihantar, memang agak tinggi jugalah air bah tersebut... mana tak risau kan... korang tengoklah sendiri, air banjir tu deras dan dalam... kat satu video lain, sampai kereta bomba pun tenggelam tau... betapa tingginya paras air bah tersebut kan... alhamdulillah, everything is okay, air banjir masuk kat rumah dalam satu kaki sahaja dan peralatan elektrik semuanya sempat dialihkan ke tempat yang lebih tinggi...
Walaupun air hanya naik sekitar satu kaki sahaja, keluarga abang ipar makcik tetap dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara untuk mangsa banjir di sekolah berdekatan... biras makcik menaiki bot ke sana bersama-sama dua anak saudara makcik yang berusia tiga tahun dan sepuluh bulan... apa-apa pun, makcik bersyukur kerana semuanya dipermudahkan dan tiada kemalangan jiwa...
Namun begitu, bagi kawasan-kawasan lain, banjir yang berlaku memang dahsyat... banyak harta-benda dan barang keperluan yang ranap dan musnah... tapi, korang tau tak berapa banyak haiwan yang mati akibat banjir kilat ini?
Sebagai sebuah NGO yang memperjuangkan hak kebajikan haiwan, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) telah bertungkus-lumus menggerakkan misi bantuan bagi menyelamatkan haiwan pada waktu puncak banjir Disember lepas... walau bagaimanapun, akibat kekurangan aset dan dana, misi tersebut terbantut... akibatnya, SAFM mendapat laporan tentang haiwan yang ditemui mati lemas dan terperangkap...
Cuba korang bayangkan saat-saat haiwan-haiwan malang ini terperangkap atau tidak boleh berenang di dalam gelap malam tatkala air sedang naik dengan cepat... tidak boleh difikirkan apa yang dialami mereka dikala dilupai para manusia yang sibuk menyelamatkan orang-orang lain... mereka dilupakan sewaktu bantuan amatlah diperlukan mereka... akibatnya, mereka mati lemas dalam keadaan terseksa...
Oleh itu, untuk memastikan tragedi ini tidak berulang, SAFM bertekad untuk meningkatkan kemampanan misi bantuan ini... gerak kerja SAFM tidak dapat dilunaskan tanpa bantuan korang... hanya korang sahaja yang boleh mengubah nasib haiwan-haiwan kita daripada ajal kepada peluang kedua untuk terus hidup di bumi Tuhan...
Marilah bersama-sama SAFM memainkan peranan sebagai masyarakat Malaysia yang sayangkan haiwan.
SAFM sangat sangat memerlukan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang tidak mencukupi... oleh itu, setiap derma yang dihulurkan akan digunakan dengan sewajarnya untuk tujuan mencukupkan bekalan makanan serta ubat-ubatan supaya haiwan-haiwan jalanan, Animal Shelter dan pemilik haiwan peliharaan mangsa banjir mendapat perhatian dan bantuan segera dari segi pemakanan dan penjagaan asas...
Sumbangkan walaupun RM5, RM2 ataupun RM1 sekalipun... jika setiap antara kita menyumbang sebanyak yang mampu, lebih banyak kawasan dan haiwan yang SAFM dapat bantu... setakat ini, SAFM telahpun memberi bantuan di Hulu Langat, Shah Alam, Karak dan Segamat...
SAFM memerlukan kira-kira RM17,000 untuk menjayakan misi ini. Terima kasih kepada yang membantu dan yang menyokong SAFM dalam membantu haiwan-haiwan kita...
Dana yang dikutip amat bermakna kepada kSAFM kerana ianya akan memberi harapan kepada haiwan-haiwan jalanan, manga banjir dan Animal Shelter untuk meneruskan hidup dengan lebih bermakna...
Name: Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM)
Bank: AFFINBANK
Acc Number: 100040234095
Sekiranya korang berminat nak join sebagai sukarelawan, boleh klik di sini ya...
#kucing #anjing #kitajagahaiwan #SAFM #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #weollsdotblogspotdotcom
NOTA KAKI: Memang anjing haram dipegang ketika basah bagi umat Islam, namun kesantunan hati membantu mereka atas dasar kemanusiaan adalah amat dituntut... pengendalian anjing diuruskan oleh ahli pasukan yang bukan beragama Islam...
xoxo
4 Comments
Now mereka di uji lagi dengan banjir.. moga mereka yang terkesan tabah dan sabar dengan ujian dariNya.. moga ada rezeki buat haiwan jalanan semua..
ReplyDeletePity seeing those animal impact by flood. Let's safe the animals live and get them a good shelter.
ReplyDeleteInsyaAllah Malaysians akan membantu sebab semuanya baik hati dan suka membantu yang lain dalam kesusahan. Moga dipermudahkan urusan kita semua
ReplyDeleteSatu usaha yang murni. Semoga usaha ni dapat diteruskan dan semoga haiwan-haiwan ni dapat survive dalam menghadapi bencana sebegini
ReplyDelete