Assalamualaikum dan hai hai hai everything... selalunya, pada waktu petang, makcik akan duduk santai-santai dengan pakcik korang kat depan rumah... lepas ala-ala jogging berlari-lari anak sambil berjalan dengan jiran-jiran dalam dua tiga pusingan kawasan perumahan kami, makcik pun merehatkanlah diri kat buaian depan rumah tu... ala, yang macam buaian askar tu...apa tu kita panggil... ha ha hammock... haaaa, hammock diberi nama... boleh pulak makcik lupa kan...
Best bila santai relax-relax dok kat hammock... selalunya makcik memang layanzzzz la kalau baring kat hammock tu... tapi jadi tak layanzzzz apabila Kiki dan Oyen pulak dok bermain-main kat bawah hammock yang makcik baring tu... makcik kan takut kucing!... memang terjerit-jerit la panggil Khairah minta tolong alihkan anak-anak bulusku...
Tak pasal-pasal kena gelak dengan Khairah... dah la dia tak nak alihkan... bertuah sungguh!... hehehehe...basically, makcik boleh je bagi makan semua tu kat kucing... yang tak boleh adalah membelainya... makcik geli... bukan geli yang ewwww, bukan... geli macam kalau geli dengan ulat beluncas tu... haaa, gitulah lebih kurang...
Dak Kiki (yang kat bawah hammock tu) memang manja bebeno... tapi dalam pada manja sangat tu, dia jenis mengalah... Oyen (tiada di dalam gambar) kalau nak diikutkan adalah kucing angkat, yang putih tu pulak ibunya Oyen... mereka sebenarnya milik jiran opposite rumah makcik... tapi, since Kiki ada ni, Oyen selalu bertandang ke rumah kami... dah macam rumah sendiri dia buat... apabila tiba time makan, kalau Oyen meluru nak makan, Kiki biarkan je, dia tak berebut pun... lepas Oyen dah selesai, barulah Kiki makan...
Tempat tidur pun macam tu jugak... haritu memang kami dapatkan tempat tidur untuk Kiki sekor je... tapi, since Oyen pun melepak, tidur baring kat rumah ni, kami pun dapatkanlah satu lagi tempat tidur untuk Oyen pulak... bukannya apa, kesian juga tengok Kiki, kalau Oyen tidoq kat tempat tidur Kiki, Kiki akan tidoq kat atas lantai je... begitulah...
Baca ini juga: Kucing
Okay, back to the hammock, kalau korang nak beli, boleh dapatkan kat kedai ni... haritu pakcik korang beli kat sini... setakat yang kami gunakan hammock ni, memang puas hatilah... kainnya tebal, makcik korang yang tak berapa nak ringan ni pun steady je lepak kat hammock tu (makcik je yang risau kot koyak pulak hammock tu karang)... tapi tidak, ia masih utuh dan teguh... terbaiklah... kat bawah ni contoh hammock yang ada kat kedai tu, tadi makcik baru recce... cantik jugak kan warnanya...
Anyway, sambil relax-relax tu, kadang-kadang nak mengunyah juga kan... dalam pada nak diet tu, tiba time cheat day, makcik bedal juga pastries... antara yang makcik suka makan adalah waffle... tak mudah nak cari waffle yang rangup tapi tetap lembut... hat gini la yang sedap... letak pulak dengan peanut butter gu dengan coklat... perghhhh... terbaik...
Baru-baru ni, makcik ada la borak-borak dengan member yang jual waffle regarding cara nak dapatkan hasil waffle macam yang makcik nak tu... yelah, kadang-kadang tu, kalau beli waffle, lembik je teksturnya... tak rangup... bila tak rangup, kuranglah umphhhh dia... jadi, lepas borak-borak tu, member makcik teruih bagi details produk yang digunakannya untuk berniaga...
TEPUNG WAFFLE CRISPY
Korang boleh gunakan tepung waffle crispy ni untuk berniaga mahupun makan sendiri... tepung ini dihasilkan dengan menggunakan bahan asas tepung berkualiti premium... tepungnya telah diayak dengan menggunakan mesin industri... memang mudahlah kalau korang buat waffle dengan menggunakan tepung waffle crispy ni... pendek kata, anak-anak suka, ibu ayah gembira, haaa gitu...
SPESIFIKASI
1) Waffle yang terhasil akan rangup di luar, gebu di dalam.
2) Berbau harum ketika dimasak, tak perlu letak pewangi waffle.
3) Tidak melekat pada pan atau mould.
4) Waffle senang dikeluarkan daripada pan atau mould.
5) Tak perlu sapu minyak atau marjerin pada pan atau mould.
6) Boleh campurkan semua bahan sekaligus dan mix dengan mixer atau pemukul telur. Tak perlu asingkan putih telur dan kuning telur.
7) Sesuai untuk semua jenis mesin waffle.
8) Produk keluaran Muslim.
9) Dikilangkan oleh Bumiputera.
10) Diproses menggunakan mesin industri.
11) Menggunakan bahan halal dan terpilih.
Nah, kalau korang nak buat waffle sendiri boleh beli kat sini tepung wafflenya hokey...
Nak lagi best, seller tepung waffle ni pun memang terbaik la gaissss... siap bagi resepi lagi tu... bagus kan macam tu?.... tak yah la kita tercari-cari atau cuba-jaya mana-mana resepi yang kita jumpa kan... dengan adanya resepi ni, bolehlah ia dijadikan sebagai panduan buat kita bagi menghasilkan waffle sendiri...
RESEPI WAFFLE RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM
Resepi standard
1 kilogram tepung waffle
1000 ml air
100 ml minyak
5 biji telur
Untuk bancuhan sedikit
200 gram tepung waffle
200 ml air
20 ml minyak
1 biji telur
SETTING MESIN
Setting Mesin Waffle Eagle
Suhu 200 Celcius.
Masa 4 minit
Setting Waffle Maker Homemade
Suhu (tidak perlu setting)
Masa 8 minit
* panjangkan masa sehingga 10 minit jika waffle kurang rangup.
Masa 5 minit
** jika 7-8 minit, waffle akan sangat crispy
BACA INI JUGA:
Setting Waffle Maker Mini
Suhu (tidak perlu setting)
Masa 4 minit
Setting Mesin Waffle China
Suhu 180 Celcius.
Masa 4 minit
Penyimpanan
Simpan dalam bekas tertutup dan masukkan dalam peti sejuk bahagian chiller.
Bancuhan boleh tahan sehingga 2-3 hari.
Cuba jangan tak cuba ya gaissss... kalau boleh buat sendiri waffle, dapatlah kita berjimat sedikit-sebanyak kan... di samping tu, nanti korang pulak boleh buat bisnes kecil-kecilan... best ke best?... eh, Kiki dan Oyen dan mengiau tu, dah waktu makan diorang dah... makcik nak pi bagi depa makan jap ya... till then, see you around gaissss... daaaa...
xoxo
5 Comments
Wow. Yummy betul. Rawlins pun penggemar waffle - mesti inti peanut butter dan kaya. Barulah umph. Hehe
ReplyDeleteLama tak buat waffle sendiri. Mesin masaknya ada dekat rumah. Rajinnya tu tak datang lagi. Rasa nk buatlah hari nie lepas baca entri nie
ReplyDeleteManja ye kucing kucingnya. kalau kat umah ni, dibeli tmpat tidur tmpt lepak depa tetap lepak tmpat lain haha. Lama jugak tk makan wafel. Teringin la pulak
ReplyDeleteTeringat-ingat makan waffle ranggup di luar, gebu di dalam.. Tak ingat beli dekat mana... Bila tengok resipi ni, mcm perlu buat sendiri je ni.. Tunggu mood rajin 🤭
ReplyDeleteSy dah beli brand ni, mmg ranggup bila panas.. Tp klau x terus mkn, simpan dia keras & liat..
ReplyDelete