BLOGLIST GIVEAWAY BY NURIN IRSALINA

| BLOGLIST GIVEAWAY BY NURIN IRSALINA | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. Pagi ni sejuk je. Hujan tengah mencurah-curah sejak sejam yang lalu. Terketar-ketar juga makcik sesambil berehat waktu makan tengah hari ni. Terlupa pula nak bawa baju panas. Selalu tu, memang makcik ada tinggalkan di pejabat. Namun, minggu lepas, makcik bawa pulang untuk dicuci. Hari ni, lupa pula nak bawa semula le pejabat. Ubatnya, tutup pendingin hawa dan layanlah mata melihat rintikan hujan di cermin tingkap.

Sambil tu, makcik layan lagu ni. Hari ni, jiwa retro klasik gitu, makcik dengar lagu Jauh Pandangan dalam dua versi. Satu versi Abdullah Chik dan Rokiah Wandah dan satu lagi versi Abdullah Chik dan Noraniza Idris. Makcik suka dengan irama dan liriknya yang puitis. Ajommmm kita dengar sama-sama.


Lamanya kita tidak berjumpa
Sungguh sedihnya rasa hatiku
Sambutlah salam dari adinda
Dengan selalu digoda rindu
Sambutlah salam dari adinda
Dengan selalu digoda rindu

Walaupun jauh seberang lautan
Kanda tak lupa sehingga mati
Sungguh pun surat dinda kirimkan
Seperti badan datang sendiri
Sungguh pun surat dinda kirimkan
Seperti badan datang sendiri

Janganlah kanda berhati duka
Dinda tak mungkir segala janji
Bila ku dapat surat kekanda
Barulah senang rasa di hati
Bila ku dapat surat kekanda
Barulah senang rasa di hati

Segala-gala sudah kusiap
Menunggu dinda bilakah datang
Jikalau kanda ada bersayap
Sudahlah lama kanda terebang
Jikalau kanda ada bersayap
Sudahlah lama kanda terebang

Baiklah baik belayar rakit
Janganlah sampai putus talinya
Kasih sayangku bukan sedikit
Jikalau boleh mati bersama
Kasih sayangku bukan sedikit
Jikalau boleh mati bersama


Mantap lirik lagu ni kan?! Bagi makcik, selalunya, makcik akan tertarik dengan lirik yang bermakna dulu sebelum makcik teliti melodinya. Yelah, kadang-kadang melodi boleh tahan, tapi liriknya, alahai. Sempat juga la dok kirim-kirim lagu ni dengan pakcik korang masa zaman berPJJ. Ehehehe.

Seusai menatap langit yang kelabu, makcik teruskan tarian jari-jemari di papan kekunci. Tup-tup, macam biasa, makcik blogwalking and now makcik nak join segmen sahabat blogger kita iaitu Nurin Irsalina. Kali ini, Nurin Irsalina mengadakan segmen Bloglist Giveaway by Nurin Irsalina bermula daripada 15 Mac 2022 sehingga 15 April  2022. Masih berbaki empat hari lagi kalau ada yang berminat nak sertai ya. Jom bersama-sama makcik jom!


SYARAT-SYARAT


1) Wajib follow blog Nurin Irsalina
2) Komen mana-mana post di blog Nurin Irsalina. Jangan mengelat okey!
3) Letakkan blog Nurin Irsalina dalam blog list korang
4) Buat post Bloglist Giveaway by Nurin Irsalina dan backlinkkan di sini.

Kalau semua dah settled, bagus. Sama-samalah kita meluaskan lagi ukhuwah fillah bersama-sama sahabat blogger seantero Malaysia khasnya dan dunia amnya (insyaAllah). Till then, take care, pastikan korang sentiasa ikut SOP tau. Kita masih belum menang. See you when I see you dan selamat menjalani ibadah puasa ya semua. Daaaa.

xoxo

Post a Comment

2 Comments