| CARA MUDAH TEBUS e-PEMULA RM150 MELALUI BIGPAY | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. Sebelum ni makcik dah maklumkan korang tentang CARA MOHON e-PEMULA RM150 UNTUK BELIA 18 HINGGA 20 TAHUN DAN PELAJAR kan. Kali ni makcik nak terangkan pula berkanaan CARA MUDAH TEBUS e-PEMULA RM150 MELALUI BIGPAY pula. Makcik asingkan untuk memudahkan korang buat pilihan. Ajommmm.
DAFTAR BIGPAY
1) Download aplikasi BigPay di sini. Daftar dengan klik pada butang Sign Up.
2) Pilih negara tempat tinggal iaitu Malaysia.
3) Kemudian, terdapat ruangan untuk memasukkan nombor telefon korang yang aktif dan boleh dihubungi. Tekan butang Send Code. Kod enam angka akan dihantar ke telefon anda melalui SMS. Masukkan kod yang korang dapat tadi di ruangan di bawah Enter your OTP. Sekiranya korang tidak mendapat kod secara SMS, tekan link yang tertera di bawah ruangan untuk memasukkan kod tersebut.
4) Pada laman seterusnya, korang dikehendaki untuk mencipta passcode sebagai langkah keselamatan akaun korang daripada dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Passcode ini adalah sebanyak enam angka. Jadi, cipta passcode sendiri untuk akaun korang dengan menekan mana-mana nombor yang tertera. Diingatkan, korang perlu menghafal nombor passcode yang dimasukkan ini, kerana ia akan digunakan setiap kali korang login ke akaun BigPay nanti.
5) Seterusnya, kenyataan bertulis type it again akan tertera. Masukkan sekali lagi passcode yang korang dah cipta tadi.
6) Pada laman seterusnya, kenyataan tentang terma dan syarat akan tertera. Tekan link Terms and Conditions of the BigPay Card untuk membaca terma dan syarat bagi penggunaan kad BigPay yang korang akan peroleh setelah selesai mendaftar akaun.
7) Scroll sehingga ke bawah untuk memahami segala syarat yang telah ditetapkan sebagai pemohon kad BigPay. Kemudian, tekan butang I accept untuk teruskan proses daftar BigPay.
8) Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu korang isikan:
a) Nama penuh
b) Nombor MyKad
c) Tarikh lahir
d) Jantina
e) Warganegara
f) Pekerjaan
b) Nombor MyKad
c) Tarikh lahir
d) Jantina
e) Warganegara
f) Pekerjaan
9) Kemudian, tekan butang Next. Akan keluar mesej tertera Verification in progress. Sistem akan memproses pendaftaran korang, dan akan mengambil masa sehingga 48 jam.
10) Setelah pendaftaran diluluskan, korang perlu memasukkan RM20 ke dalam akaun BigPay ini. Transaksi boleh dilakukan secara online. Kemudian, tunggu kad BigPay untuk tiba ke alamat korang secara pos.
SIAP!
SAHKAN AKAUN BIGPAY DAN TEBUS RM150
Bagi melayakkan korang untuk mohon dan tebus ePemula RM150, korang perlu sahkan akaun BigPay terlebih dahulu tau. Untuk mereka yang memang dah ada akaun BigPay, korang boleh terus tebus RM150 ya.
CARA TEBUS RM150
1) Masuk semula ke aplikasi BigPay dan upload gambar MyKad berserta selfie muka untuk proses pengesahan.
2) Kemudian korang perlu topup RM20 sebagai amaun permulaan dalam akaun BigPay korang.. Nilai tersebut akan masuk ke akaun BigPay korang. Ianya bukan yuran tau.
3) Setelah selesai, korang boleh pergi ke bahagian Payments > ePemula dan mohon RM150 dengan klik pada Apply Now.
Untuk info lanjut berkaitan ePemula BigPay, korang boleh rujuk di sini.
BACA JUGA:
#epemula #estart #bajet2022 #belanjawan2022 #rm150epemula #mohonepemula #belia #pelajar #shopeepay #bigpay #grabpay #touchngo
xoxo
0 Comments