GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY

| GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. Makcik kurang sihat sikit beberapa hari ni. Tiada apa yang terlalu serius cuma alahan tak tahan sejuk membuatkan makcik sakit kepala. Nak lagi best, filter alat pendingin hawa kat pejabat tu dah hampir enam bulan tidak dibersihkan. Jadi, habuk mesti dah menggunung kat dalam tu kan. Makcik yang memang tak tahan sejuk ditambah dengan tak tahan habuk, memang tak senang duduk la dibuatnya. Sampai merah-merah hidung dok bersin.

Makcik suspect air-conditioner tu antara punca makcik tak berapa sihat hampir dua minggu ni sebab bila balik rumah, takde pun bersin sampai tak ingat dunia. Alhamdulillah, okay je. Keesokannya, bila masuk pejabat, jadi balik, bersin sampai lembik-lembik dibuatnya. Bila makcik sengsorang, kadang-kadang, makcik switched off je air-conditioner tu. Bila rasa panas, baru switch on balik. Makcik sampai buat COVID-19 self test sebab risau kot-kot la sebab virus tu. Aduhai, risau kan. Alhamdulillah takde apa-apa.


Jadinya, dua minggu ni, makcik memang tak larat nak buat critical thinking sikit. Balik rumah pun, lepas dah masak, berbuka, solat, tadarrus and all, makcik santai marathon Business Proposal je. Nak buka laptop or handphone memang tak boleh, terus berdenyut-denyut kepala dibuatnya. On the positive side, Allah nak bagi rehatkan badan tu. Hari-hari dok menghadap peralatan elektronik je kan. Sekali-sekala, rehatkan sikit minda dan badan tu, betul tak?

Hari ni, larat tak larat, makcik gagahkan juga diri untuk menaip. Makcik nak join segmen SR. Sebelum ni dah dapat hadiah dah. Hopefully, kalini pun ada rezeki nak menang buku Memoir Kampung Boy. Harini dah last day dah. Syarat-syaratnya pun insyaAllah mudah.


SYARAT-SYARAT


1) Buat satu post entri bertajuk : GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY
2) Follow Blog Syazni Rahim.
3) Letak banner giveaway di atas dan backlink kan ke entri giveaway ini.
4) Copy blurb ini (wajib):
Blurb Memoir Kampung Boy - Ia mengisahkan tentang cerita kanak-kanak di zaman 1970 dan 1980-an di mana watak aku (Kenit) memaparkan aktiviti serta apa yang dialaminya ketika itu. Ketika zaman tiada gajet yang canggih, ‘aku’ dan rakan-rakannya bermain apa sahaja yang dapat menghiburkan hati mereka. Kisah ini bermula perpindahan dari Pekan, Pahang ke Johor Bahru (JB). Di JB, ‘aku’ mendapat sahabat karibnya bernama Rais dan Kajid yang memperkenalkan banyak permainan sewaktu zaman dulu, seperti main ‘gundu’, baling selipar, tarik upih pinang, permainan ‘cakar ayam’ dan sebagainya. Namun masa amat mencemburui persahabatan mereka.
4) Copy ayat beserta link pada dua kenyataan di bawah:
Kenali Mitch!
Shopee Menara Seni

5) Letak link penyertaan di ruangan komen pada entri ini.

HADIAH


Pemenang bertuah berpeluang untuk mendapat senaskhah Memoir Kampung Boy oleh Mitch itu + tandatangan penulisnya sekali! Bukan 1, bukan 2, tetapi 4 naskhah bakal menemui 4 pemenang bertuah nanti tau! Pemenang akan ditentukan dengan cabutan oleh Wheels of Name macam GA SR sebelum ini juga.

JOM JOIN EVERYONE!


Blurb Memoir Kampung Boy - Ia mengisahkan tentang cerita kanak-kanak di zaman 1970 dan 1980-an di mana watak aku (Kenit) memaparkan aktiviti serta apa yang dialaminya ketika itu. Ketika zaman tiada gajet yang canggih, ‘aku’ dan rakan-rakannya bermain apa sahaja yang dapat menghiburkan hati mereka. Kisah ini bermula perpindahan dari Pekan, Pahang ke Johor Bahru (JB). Di JB, ‘aku’ mendapat sahabat karibnya bernama Rais dan Kajid yang memperkenalkan banyak permainan sewaktu zaman dulu, seperti main ‘gundu’, baling selipar, tarik upih pinang, permainan ‘cakar ayam’ dan sebagainya. Namun masa amat mencemburui persahabatan mereka.


Apabila makcik meneliti blurb Memoir Kampung Boy ni, secara automatiknya, minda makcik terus time-travel ke waktu kanak-kanak dulu. Seronok betul masa tu. Ingat main je, ingat happy moments je, takde masalah nak fikir. Dulu, makcik lahir-lahir je memang dibesarkan di kota metropolitan Key Ell tapi momen yang paling makcik suka adalah apabila dapat pulang ke kampung ibu-ayah makcik. Time cuti sekolah memang request nak duduk kat kampung dengan nenek (belah ibu makcik) atau opah (belah ayah makcik). Seronoknya lain macam, sampai tak nak balik la kadang-kadang tu.

Kampung ibu makcik di Negeri Sembilan terletak betul-betul di tengah-tengah sawah padi. Kiranya, depan rumah arwah nenek makcik tu memang sawah padi yang luas terbentang. Nun jauh di depan, selepas pagar ada satu parit yang sungguh jernih airnya. Kadang-kadang, makcik mandi kat situ dengan geng budak-budak kat kampung arwah nenek. Pandangan sebelah belakang rumah pula adalah bukit-bukau yang penuh dengan pohon-pohon nan menghijau. Time raya, suka tunggu geng marhaban datang rumah.

Kampung ayah makcik pula di Perak dan terletak di dalam kawasan perkampungan biasa. Lamannya seluas satu padang bola sepak. Arwah opah makcik suka tanam pokok di sekeliling kawasan rumah baik pokok bunga mahupun pokok buah-buahan. Pagi-pagi memang tugas makcik untuk menyiram air pada pokok-pokok tersebut. Kalau time raya, penuh dengan panjut di sekeliling rumah. Petang pula, main basikal pusing satu kampung. Betul-betul di sebelah kanan rumah opah makcik, ada surau kampung yang telah dinaiktaraf menjadi masjid. Dulu masa kecik-kecik, punyalah malu kalau tibanya hari Jumaat sebab orang lelaki akan ke sana dengan melalui hadapan rumah opah makcik. Ala-ala malu kucing gitu. Hehehehe. 

KENANGAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN SAMPAI BILA-BILA


Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendiri

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu Tebrau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan

Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya abadi dalam kenangan
Dalam kenangan dalam kenangan

#segmen #giveaway #ghostwriter #ghostwritermalaysia #kbba9 #penulisupahan #servismenulis #penuliskonten #penulishantu #kelabbloggerbenashaari #hartinighostwriter #ghostwriterforhire

xoxo

Post a Comment

4 Comments

  1. Terima kasih sebab sudi join! Best kan zaman kecik-kecik dulu, berbeza dengan anak2 di zaman sekarang ;)

    ReplyDelete
  2. Singgah sini juga. Saya pun ada join. Goodluck bergiveaway :)

    ReplyDelete
  3. Semoga berjaya. Eh! ternyanyi pulak bila baca lirik tu

    ReplyDelete