CARA MUDAH TEBUS e-PEMULA RM150 MELALUI SHOPEEPAY

| CARA MUDAH TEBUS e-PEMULA RM150 MELALUI SHOPEEPAY | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. So, tadi makcik dah terangkan serba-sedikit berkenaan CARA MUDAH TEBUS e-PEMULA RM150 MELALUI BIGPAY dan CARA MUDAH TEBUS e-PEMULA RM150 MELALUI GRABPAY kan. Kini, jom kita selusuri pula CARA MUDAH TEBUS e-PEMULA RM150 MELALUI SHOPEEPAY pula. Ajommm.

Pertama sekali, korang kena terlebih dahulu daftar akaun Shopee ya.


CARA DAFTAR AKAUN SHOPEE


1) Muat turun aplikasi Shopee di Google Play Store atau Apple App Store. Korang juga boleh melayari laman sesawang ini dengan menggunakan pelayar web anda.
2) Buka aplikasi Shopee dan tekan pada menu ‘Me’ dan seterusnya tekan pada butang ‘Sign Up’. Jika korang menggunakan pelayar web, tekan butang ‘Sign Up’ di bahagian atas laman web.
3) Sila masukkan nombor telefon bimbit anda dan tekan Next. Sekiranya korang ingin mewujudkan akaun menggunakan akaun Facebook, Google atau Apple, tekan pada akaun yang korang ingin gunakan. Masukkan kod Captcha yang terpapar di skrin dan tekan OK.
4) Masukkan kod verifikasi SMS yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda dan tekan Next.
5) Masukkan Password pilihan anda. Password mestilah mengandungi 8 hingga 16 huruf kecil dan huruf besar.
6) Tekan butang Continue untuk mengesahkan pendaftaran akaun.
7) Korang boleh menetapkan Username dan Emel anda di menu ‘Me’ dan pilihan ‘My Profile’.

SELESAI!

Sekarang, untuk membolehkan korang tebus RM150 e-PEMULA, korang perlu aktifkan SHOPEEPAY.

CARA AKTIFKAN SHOPEEPAY 


1) Masuk semula ke aplikasi Shopee dan klik pada ikon "eWallet ShopeePay"
2) Kemudian terus daftar dengan klik pada "Set Up ShopeePay"
3) Masukkan butiran diri seperti nama penuh dan no. mykad
4) Akhir sekali tetapkan 6-digit pin ShopeePay yang akan digunakan setiap kali untuk buat bayaran

SIAP!


Bagi melayakkan korang untuk mohon dan tebus ePemula RM150, korang terlebih dahulu perlu verify atau sahkan akaun ShopeePay

CARA SAHKAN SHOPEEPAY DAN TERUS TEBUS e-PEMULA


1) Pergi ke aplikasi Shopee dan klik pada ikon ShopeePay 
2) Klik "Verify Now"
3) Upload gambar MyKad korang berserta selfie muka bagi proses pengesahan yang hanya mengambil masa 24 jam sahaja
4) Jika sudah disahkan, korang boleh terus tebus ePemula RM150 DISINI atau klik pada ikon ePemula pada halaman Shopee

Untuk info lanjut berkaitan ePemula ShopeePay, korang boleh rujuk di sini.

Selain daripada kredit e-tunai RM150, penebusan yang dibuat turut membolehkan anda menerima baucar ekstra bernilai sehingga RM500 tau.


APA YANG BEST?


1) Baucar sehingga RM310 untuk servis penghantaran percuma dan diskaun untuk pembelian makanan.
2) Baucar sehingga RM90 untuk pulangan tunai ShopeePay.
3) Baucar lebih RM50 untuk pembelian di mana-mana rakan kongsi Shopee.
4) Baucar RM50 untuk kadSIM YES bersama kuota data sehingga 40GB secara percuma.
5) Baucar RM200 untuk pembelian menerusi Siswa Mall.


Selain itu, korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM25,000 menerusi peraduan ‘Kongsi & Menang’ ya. Ada lagi, pemberian pulangan syiling Shopee sehingga 3% dengan pembayaran yang dibuat menggunakan DuitNow QR (sama ada Shopee Pay / mana-mana e-dompet dan bank terpilih).

Amacam, best ke best?

Haaaa, cepat-cepat tebus RM150 korang sekarang okay.

xoxo

Post a Comment

0 Comments