BELI KELENGKAPAN SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI : TAK PERLU LAGI KELUAR MASUK KE BANYAK KEDAI!

| BELI KELENGKAPAN SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI : TAK PERLU LAGI KELUAR MASUK KE BANYAK KEDAI! | Assalamualaikum dan hai hai everything. Yuhuuu, korang tengah buat apa tu? Tengah mencari tempat untuk beli kelengkapan sekolah anak-anak ke? Samalah kita. Hehehehe. Sudah menjadi lumrah, apabila sesi persekolahan baru nak bermula, mulalah ibu-ayah kalut dan pening kepala . Macam-macam benda nak kena buat kan. Lagipun, menguruskan pembelian kelengkapan persekolahan bagi anak-anak merupakan satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan. Peralatan seperti buku teks, beg sekolah, pakaian seragam dan sebagainya mesti disediakan bagi memastikan anak-anak dapat belajar dengan lancar tak gitu?

Nak beli peralatan untuk anak-anak yang akan kembali ke sekolah memang memenatkan betul tak? First thing first, mesti pening kepala fikir berapa kali nak kena keluar masuk kedai bagai kan?

Eh, ibu-ayah dah tak payah risau. Pusat Pakaian Hari-Hari kan ada. Segala-galanya di bawah satu bumbung, kiranya, pusat sehenti kelengkapan sekolah la gitu.  Pusat Pakaian Hari-Hari merupakan sebuah gedung yang menawarkan pelbagai produk pakaian dan kelengkapan di seluruh negara. Menempatkan 99 cawangan di seluruh Malaysia, Pusat Pakaian Hari-Hari sangat terkenal di kalangan masyarakat sebagai pusat beli-belah keluarga yang menyediakan pelbagai jenis pakaian dan kelengkapan sekolah.


TikTok: https://vt.tiktok.com/ZS8C36Fth/

Makcik sekeluarga dah pergi gais and it was indeed a delightful experience for us sebab kat Pusat Pakaian Hari-Hari semua keperluan dah tersedia, tinggal nak pilih je. Makcik dan pakcik korang bawa anak-anak kami yang bersekolah rendah dan menengah ke Pusat Pakaian Hari-Hari Kota Tinggi dan segala-galanya berjalan dengan begitu lancar.

SEMUANYA ADA DI SINI


Makcik teruja melihat pelbagai pilihan kelengkapan sekolah yang disediakan di Pusat Pakaian Hari-Hari. Daripada pakaian seragam hingga ke beg sekolah, semuanya tersedia di sini. Anak-anak makcik juga sangat berpuas hati dengan pilihan beg sekolah yang disediakan di pusat beli-belah ini. Beg-beg tersebut selesa dipakai dan mempunyai rekabentuk yang menarik.

HARGA BERPATUTAN 


Selain itu, Pusat Pakaian Hari-Hari juga menawarkan harga yang berpatutan dan berbaloi-baloi dengan kualiti produk yang diberikan. Saya berasa sangat berpuas hati kerana dapat membeli kelengkapan persekolahan yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Terdapat juga promosi dan diskaun yang ditawarkan pada masa tertentu, jadi saya sangat menggalakkan ibu bapa untuk membeli kelengkapan persekolahan di sini.


Usah risau, Pusat Pakaian Hari-Hari akan memudahkan urusan korang. Dengan segala-galanya di bawah satu bumbung, korang dah tak perlu lagi keluar masuk ke kedai yang berbeza.

Makcik dan pakcik memang dah jadi pelanggan setia Pusat Pakaian Hari-Hari Kota Tinggi sejak 2 tahun yang lalu. Layanan para kru di sini memang tip-top. Bukan makcik nak jack tau, ini kenyataan. Hehehehe. Mana taknya, sebelum masuk, para pelanggan akan disapa dengan panggilan hormat SELAMAT DATANG dan terus dibantu. Rasa dialu-alukan sangat. Yelah, macam kita bila disambut sebagai tetamu apabila berkunjung, ha, macam tu lah lebih kurang perasaannya.


Korang bayangkan eh, dengan anak-anak 4 orang yang sorang ke sana sorang ke sini, gerentilah pening nak handle kan. Tapi tidak gais, kru kat Pusat Pakaian Hari-Hari sangat peramah dan sedia membantu ibu-ayah menguruskan keseluruhan proses pembelian.


Kru di sini sangat mesra dan pantas membantu. Sekejap je jurujual dah sampai kat sebelah, time tengah belek-belek barangan dan semestinya kehadiran mereka membantu sedikit-sebanyak dalam memberikan idea dan mempercepatkan proses pemilihan. Daripada pakaian sekolah hinggalah keperluan sukan dan ko-kurikulum, Pusat Pakaian Hari-Hari ada semuanya.


Ni antara kelengkapan yang korang boleh dapatkan:
📝 Uniform sekolah.
📝 Pakaian sukan.
📝 Uniform kokurikulum.
📝 T-shirt putih (pra-sekolah).
📝 Pakaian dalam dan singlet.
📝 Vest.
📝 Towel kecil.
📝 Tudung kanak-kanak soft awning.
📝 Stoking, kasut dan beg.
📝 Alat tulis serbaneka.
📝 Botol air berkualiti (BPA free).
📝 Banyak lagi!


Tak percaya? Kalau tak betul, takkan la makcik dan pakcik jadi pelanggan tetap di Pusat Pakaian Hari-Hari saban tahun kan? Makcik paling berkenan dengan kualiti pakaian Jony & Jeny dan No Problem. Kainnya bermutu tinggi dan warnanya kekal berseri walaupun selepas beberapa kali basuhan.


Hat ni makcik tengah dok cari-cari baju. Apabila ada banyak pilihan, mulalah rambang mata kan. Tak sampai 5 minit, berdesup jurujual bawa makcik ke area contoh pakaian dan terus bagi penerangan. Thumbs up lah!

TikTok: https://vt.tiktok.com/ZS8CyD172/

Kenapa mesti membeli di Pusat Pakaian Hari-Hari?
✅ Harga berpatutan.
✅ Produk berkualiti.
✅ Kedai yang selesa.
✅ Staf yang mesra.

Jadi, ibu-ayah yang dok kalut nak lengkapkan keperluan persekolahan anak-anak, jangan lepaskan peluang membeli-belah di Pusat Pakaian Hari-Hari. Makcik jamin, memang korang takkan menyesal punyalah! Psstttt, semua ada di sini, dah tak payah tawaf keliling bandar dah. Hehehehe.


Tunggu apa lagi?
Marilah Pergi Hari-Hari!

99 Hari-Hari satu Malaysia: www.hari.com.my/locator
Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my
Shopee: http://shopee.com.my/harihari_
Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari

Till then, see you when I see you. Daaaa.

#KBBA9XHariHari #KBBA9 #PusatPakaianHariHari #MarilahPergiHariHari #hariharisekolah #harihari #backtoschool #bajusekolah #kelengkapanSekolah #ehari #bajusekolahonline

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

2 Comments

  1. waahhh semua shopping list boleh dpt di HARI-HARI ye... paling penting harga berbaloi, boleh saving utk shopping raya pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Fiza. Memang dapat jimat banyak apabila berbelanja di Hari-Hari. Hujung minggu ni, ingatnya nak pergi shopping untuk raya pulak, insyaAllah, memang berbaloi.

      Delete
Previous Post Next Post