BUFFET RAMADAN : JELAJAHI HIDANGAN TIMUR TENGAH DAN SELERA NISMILAN DENGAN TARBUS BUFFET DINNER DI KLANA BEACH RESORT

| BUFFET RAMADAN : JELAJAHI HIDANGAN TIMUR TENGAH DENGAN TARBUS BUFFET DINNER DI KLANA BEACH RESORT | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. Makcik masih belum move on lagi dengan menu osem Tarbus Buffet Dinner Klana Beach Resort Port Dickson. Cuba korang bayangkan, aroma rempah ratus yang harum dan rasa menggoda Timur Tengah, perghhhh, memang mengasyikkan. Dengan konsep Arab yang dihidangkan secara asli, Tarbus Buffet Dinner akan membawa korang ke dalam suasana yang sama sekali berbeza.


Korang dah rancang ke nak buka puasa kat mana masa bulan Ramadan nanti? Kalau belum, meh rapat, makcik nak bagitahu port baik yang korang pasti tak nak ketinggalan. Apa kata korang plan buka puasa kat Klana Beach Resort Port Dickson. Seriyes, korang memang akan teringat-ingat akan menu-menunya yang osem giler.

 
Tahun ni, Klana Beach Resort Port Dickson mengetengahkan konsep Timur Tengah melalui Tarbus Buffet Dinner. Dengan konsep asli Arab, Tarbus Buffet Dinner akan membawa korang ke dalam suasana yang sangat berbeza daripada kehidupan seharian. Korang akan merasai aura Arab pada hidangan utama iaitu Kibas Golek dan Sup Kibas dengan nasi Arab yang sedap dan sangat menyelerakan. Selain itu, masih banyak lagi pilihan lain seperti Selera Nismilan, lauk-pauk, ulam-ulaman, goreng-gorengan dan aneka bubur, hinggalah kurma yang sedia memanjakan selera korang.


Usah risau tentang anak-anak, mereka akan dihadiahkan dengan Kid's Corner yang pastinya menggembirakan hati. Bagi menutup majlis dengan penuh kemanisan, korang boleh menikmati pelbagai jenis kuih-muih, buah-buahan segar, laichikang dan aiskrim yang menyelerakan.


MENU TARBUS BUFFET DINNER


✨ Kibas golek.
✨ Sup kibas.
✨ Nasi Arab.
✨ Masakan Nismilan.
✨ Lauk-pauk.
✨ Goreng-goreng.
✨ Jeruk dan ulam.
✨ Kid’s corner.
✨ Kurma.
✨ Aneka kuih-muih.
✨ Aneka bubur.
✨ Laichikang.
✨ Aiskrim.
✨ Buah-buahan.


Sekiranya korang sedang mencari destinasi penginapan sambil berbuka puasa dengan tenang untuk seisi keluarga, Klana Beach Resort Port Dickson adalah pilihan yang tepat! Bukan nak kata apalah kan, tapi antara tarikan buat makcik, bukan sahaja sejadah, ia turut mempunyai telekung sembahyang dan kain pelikat di dalam bilik. Selain itu, pemandangan di sini sangat cantik dan mendamaikan, kawasannya pun luas untuk anak-anak bermain!


Makcik sekeluarga memang suka berkunjung ke Klana Beach Resort Port Dickson. Kalau kami ke area Port Dickson, pasti kami sekeluarga menginap di sini. Oh ya, tahun lepas pun kami ada berkunjung juga tau. Baca kat sini.

PENGINAPAN DI KLANA BEACH RESORT


✨ 6 jenis bilik yang ditawarkan – Superior, Deluxe, Deluxe Queen, Deluxe Family, Apartment – 2 bilik dan Apartment – 3 bilik.
✨ Syariah Compliant Hotel dan Muslim-friendly.
✨ Kemudahan bilik seperti Wi-Fi percuma, TV skrin rata dengan saluran terpilih, peti besi, almari pakaian, mesin kopi dan teh, pengering rambut, dan tuala mandi.
✨ Waktu Check-In dari jam 3:00 petang dan Check-Out sebelum jam 12:00 tengahari.

Bagi keluarga kecil, bilik Superior adalah pilihan yang ideal kerana keluasannya yang selesa. Korang juga boleh memilih bilik dengan pemandangan laut yang indah. Pada waktu malam, kelihatan tenang dan di waktu pagi, korang dapat menyaksikan matahari terbit yang menakjubkan.

SARAPAN PAGI di Klana Beach Resort Port Dickson juga tidak kurang enaknya. Korang boleh menikmati pelbagai hidangan seperti:
🍽️ Nasi Lemak Sambal Terangkat.
🍽️ Bihun Goreng.
🍽️ Bubur Nasi.
🍽️ Puding.
🍽️ English breakfast.
🍽️ Cereals.
🍞 Roti Bakar.
🍩 Pencuci mulut.
🍹 Jus buah.
☕ Kopi.
🫖 Teh.


KEMUDAHAN REKREASI DI KLANA BEACH RESORT


✅ Kolam renang.
✅ Balai cerap
✅ Kawasan refleksologi kaki.
✅ Pantai.

Oh ya, jangan lupa untuk mencuba Signature Dish Klana Beach Resort Port Dickson iaitu Kibas Golek di Tarbus Buffet Dinner 2023. Rata-rata, dalam banyak-banyak tempat yang telah makcik kunjungi, hanya di @klanabeachresortpd sahaja ada hidangan istimewa ini. Yelah, yang selalu kita jumpa kan Kambing Golek. So, hat ni memang lain daripada yang lain.


Selain daripada itu, korang juga akan disajikan dengan halwa telinga daripada kumpulan pemain gamelan yang berbakat besar. Mereka akan memainkan lagu-lagu irama tradisional yang begitu menggamit kenangan dan mempesonakan. Makan sambil jiwa dibelai halus, rasa tenang je jiwa uolls.


Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk merasai hidangan lazat dari Tarbus Buffet Dinner dengan konsep Timur Tengah yang menakjubkan!

Jom poei. Jumpo di sano yo!



💙 PAKEJ BUKA PUASA TARBUS BUFFET DINNER 2023 💙


Dewasa 👉🏻 RM68 bersih (Tempahan Awal (EARLY BIRD PROMO): RM58 nett.
Kanak-kanak 4-12 tahun 👉🏻 RM30 bersih.
Warga Emas / OKU 👉🏻 RM30 bersih.

💙 PAKEJ BUKA PUASA & PENGINAPAN (RM158 bersih) 💙


(Untuk seorang. Penambahan orang RM80 (dewasa) dan RM50 kanak-kanak)
👉🏻 Penginapan 2 hari 1 malam.
👉🏻 Berbuka puasa (makan malam).
👉🏻 Sahur (makan pagi).


💙 PAKEJ SEMINAR, BUKA PUASA & PENGINAPAN (Bermula daripada RM138 bersih - minimum 20 pax) 💙


👉🏻 Penginapan 2 hari 1 malam.
👉🏻 Berbuka puasa (makan malam).
👉🏻 Sahur (makan pagi).
👉🏻 Penggunaan bilik mesyuarat atau dewan seminar.
👉🏻 Kudapan malam.


Hubungi Sales Team Klana Beach Resort Port Dickson untuk maklumat lanjut!

☎️ Telefon 👉🏻  +606 6487888 
📲  Whatsapp 👇🏻 👇🏻 👇🏻
http://www.wasap.my/60166619030/Tarbus
http://www.wasap.my/60166619050/Tarbus
http://www.wasap.my/60166616089/Tarbus
📧 Email 👉🏻 sales@klanabeachresortpd.com.my
🌐 Website 👉🏻 www.klanabeachresortpd.com.my

#jomKBRPD #TarbusDinner #KibasGolek #NegeriSembilanCorner #MohPoieTelukKemang #visitnegerisembilan

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

Post a Comment

Previous Post Next Post