PERJUANGAN SAHABAT NABI : KISAH HIJRAH DAN PENGORBANAN

فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

"Maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)" [Surah Aali Imran 195]

#Rasulullah saw di perlakukan begitu zalim oleh kaum Quraisy sewaktu baginda mula menyebarkan agama Islam. Digelar sebagai orang gila, di hina, dimaki, dilempar najis, dibelasah dan juga mereka sanggup memberikan apa sahaja kepada baginda saw samada harta, pangkat dan wanita asalkan Rasulullah saw sanggup berhenti daripada menyampaikan berdakwah. Usaha mereka gagal.


#Kaum musyrikin Quraisy yang tidak pernah berputus asa, mengambil langkah yang lebih zalim. Mereka mula menangkap dan menyeksa sahabat nabi di kalangan mereka yang lemah. Satu persatu sahabat nabi saw di kalangan hamba abdi menjadi sasaran mereka, begitu juga kepada kaum keluarga mereka sendiri atau kepada sesiapa sahaja yang boleh mereka aniaya. Sayidina Abu Bakar r.a pernah diikat bersama Sayidina Thalhah bin ‘Ubaidillah r.a ketika mereka ingin melakukan solat oleh Naufal bin Khuwailid al-Adawi.

#Sayidina Zubair bin Awwam, saat itu berusia 16 tahun. Tubuhnya pernah dipukul oleh kaum musyrik berkali-kali sehingga membuat dadanya terkena penyakit. Rasulullah saw lalu mengizinkan Sayidina Zubair memakai pakaian sutera untuk menyembuhkan penyakitnya.

#Keluarga Sayidina Ammar bin Yasir berasal dari bani Makhzum. Mereka diseret keluar menuju al-Abthah oleh kaum musyrik yang dipimpin oleh Abu Jahal. Ayahnya meninggal kerana seksaan itu sedangkan ibunya, Sayidatina Sumayyah r.ha, ditusuk dari arah belakang dengan tombak oleh Abu Jahal. Beliaulah wanita pertama yang mati syahid. Sementara Sayidina Ammar pula dijemur ditengah panas dan di atas dadanya ditindih dengan batu yang keras. Mereka juga menenggelamkan wajahnya ke dalam air sehingga pengsan.

#Terdapat ramai lagi para sahabat yang patut dikenang di atas kesengsaraan dan penderitaan yang mereka alami demi mempertahankan tauhid mereka sebelum Allah swt perintahkan mereka berhijrah. 
#Hijrah pertama ke Habsyah ketika golongan kuffar Mekah menggandakan tekanan dan seksaan ke atas para sahabat. Kemudian barulah diperintahkan berhijrah meninggalkan Mekah menuju ke Madinah.


#Sabda Nabi saw: "Aku telah bermimpi bahawa sesungguhnya aku berhijrah dari kota Makkah menuju ke suatu tempat yang ada pohon kurma padanya. Lalu aku mengira tempat itu ialah adalah al-Yamamah atau Hajr. Akan tetapi, ia sebenarnya adalah Yathrib (Nama lama bagi kota Madinah)" (HR al-Bukhari)

#Dalam riwayat lain: "Aku diperlihatkan negeri hijrah kamu, iaitu satu negeri yang memiliki pohon kurma di antara dua yang berbatu" (HR al-Bukhari)

#Apabila kaum muslimin mendengar sahaja ucapan Rasulullah saw ini, maka mereka terus bergegas melakukan hijrah ke kota Madinah. Begitu juga dengan sebahagian kaum muslimin yang sedang berada di Habsyah. Mereka juga segera berangkat menuju ke kota Madinah.

Allah swt menjanjikan syurga bagi mereka yang berhijrah mempertahankan akidah keIslaman mereka hanya kerana mencari redha Allah swt semata-mata.

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo


Post a Comment

0 Comments