Gaissss, maaf la sebab lambat pulak up regarding event ni... untuk pengetahuan semua, Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun ini akan sekali lagi menganjurkan Festival Sastera Kanak-Kanak dengan tema ‘Jelajahi Dunia Dengan Membaca’... festival ini telah dirancang untuk diadakan pada 4 hingga 6 Oktober 2019 dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah dirangka seperti Bengkel Genius Sifir, Sesi Bercerita, Bengkel Buku Kanak-Kanak dan banyak lagi aktiviti lain yang akan aku kupas di bawah ni beserta waktunya... 

Festival ini merupakan anjuran bersama Malaysia Book Industry Council (MBIC), Industry of Tourism and Council Malaysia, Perbadanan Kota Buku dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia... antara lain. program ini dianjurkan bagi menunjukkan sokongan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia UNESCO 2020 dan sekaligus menjadikan sastera kanak-kanak juga awal remaja sebagai sebuah komponen penting untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat...  selain itu, festival ini juga diharap agar dapat melatih dan membantu mengembangkan pengkaryaan terhadap sastera kanak-kanak dengan pendedahan yang khusus terhadap ilmu ini sedari awal lagi...

For the benefit of all, Festival Sastera Kanak-Kanak ini sebenarnya telah diadakan semenjak 2012 lagi yang mana tahun ini merupakan tahun ke-tujuh penganjurannya dan berlangsung sehingga kini dengan menggunakan tema yang berbeza setiap tahun... festival ini juga telah menggabungkan pelbagai elemen seperti Interaktif, Kebudayaan, Bengkel dan juga jualan yang dilihat mampu memberikan kesan yang positif kepada kanak-kanak sendiri selain memberi ruang kepada ibu bapa untuk meluangkan masa bersama...

Untuk penganjuran pada kali ini, lebih kurang 50,000 orang kehadiran telah disasarkan yang mana ia meliputi sasaran pengunjung seperti kanak-kanak, guru, ibu bapa dan orang kurang upaya... okay, di bawah ni aku sertakan terus jadual sepanjang 3 hari penganjuran Festival Sastera Kanak-Kanak 2019... check it out gaissss...


Jumaat, 4 Oktober 2019
9:00 PAGI - 12:00 PTG Bengkel Ilustrasi Buku Kanak-Kanak - Bilik Syarahan 1 
9:00 PAGI - 12:00 PTG Majlis Perasmian Festival Sastera Kanak-Kanak - Auditorium 
9:00 PAGI - 12:00 PTG Bengkel Buku Tactile - Bilik Jamuan 
9:00 PAGI - 12:00 PTG Pertandingan Bercerita - Pentas Utama 
9:00 PAGI - 12:00 PTG Bengkel Genius Sifir - Teater Kanak-Kanak 
9:00 PAGI - 5:00 PTG Gerai Jualan & Food Truck - Perkarangan PNM 
9:00 PAGI - 5:00 PTG Soopa Doopa, Fish Scooping & Giant Bubble - Perkarangan PNM 
10:00 PAGI - 12:00 PTG Bengkel Bacaton - Bilik Syarahan 2 
10:00 PAGI - 5:00 PTG (6 Okt) Jualan Buku 
10:00 PAGI - 5:00 PTG (6 Okt) Pameran Buku Sastera Kanak-Kanak 
12:00 PTG - 3:00 PTG Tayangan Cereka Kanak-Kanak - Pentas Utama 
3:00 PTG - 5:00 PTG Bengkel Ilustrasi Buku Kanak-Kanak - Bilik Syarahan 1 
3:00 PTG - 5:00 PTG Bengkel Buku Tactile - Bilik Jamuan 
3:00 PTG - 5:00 PTG Pertandingan Bercerita - Pentas Utama Sabtu, 

5 Oktober 2019 
9:00 PAGI - 5:00 PTG Bengkel Penghayatan Buku Bergambar - Auditorium 
9:00 PAGI - 5:00 PTG Bengkel Tactile - Bilik Jamuan 
9:00 PAGI - 5:00 PTG Bengkel Ilustrasi Buku Kanak-Kanak - Bilik Syarahan 1 
9:00 PAGI - 5:00 PTG (6 Okt) Riang Ria Bersama Si Badut - Perkarangan PNM 
10:00 PAGI - 11:00 PAGI Meet & Greet Story Teller Cycle - Teater Kanak-Kanak 
10:00 PAGI - 11:00 PAGI Books Kidz Love - Pentas Utama 
10:00 PAGI - 11:00 PAGI Meet & Greet : Didie & Friends - Pentas Utama 
10:00 PAGI - 1:00 PTG Pertandingan Membaca Braille - Bilik Media 
10:00 PAGI - 1:00 PTG Bengkel Biblioterapi - Bilik Serbaguna 
10:00 PAGI - 4:00 PTG Sesi Bercerita - Sudut Bacaan 
11:00 PAGI - 12:00 PTG Persembahan Teater - Pentas Utama 
11:00 PAGI - 1:00 PTG Bengkel Origami - Teater Kanak-Kanak 
12:00 PTG - 1:00 PTG Diskusi Sastera Kanak-Kanak 1 - Bilik Media 
12:00 PTG - 1:00 PTG Pertandingan Pakaian Beragam - Pentas Utama 
12:00 PTG - 3:00 PTG Diskusi Sastera Kanak-Kanak 2 - Bilik Syarahan 2 
1:00 PTG - 2:00 PTG Tayangan Cereka - Pentas Utama 
1:00 PTG - 2:00 PTG Clown Magician - Pentas Utama 
2:00 PTG - 3:00 PTG Pertandingan Mewarna - Bilik Serbaguna 
2:00 PTG - 3:00 PTG Books Kidz Love - Pentas Utama 
2:00 PTG - 3:00 PTG Meet & Greet : Didie & Friends - Pentas Utama 
2:00 PTG - 5:00 PTG Bengkel Teknik Bercerita - Teater Kanak-Kanak 
3:00 PTG - 4:00 PTG Persembahan Si Cilik - Pentas Utama 
3:00 PTG - 5:00 PTG Permainan 3 Bahasa - Bilik Serbaguna 
4:00 PTG - 5:00 PTG Books Kidz Love - Pentas Utama 
4:00 PTG - 5:00 PTG Meet & Greet : Didie & Friends - Pentas Utama 

Ahad, 6 Oktober 2019
9:00 PAGI - 1:00 PTG Bengkel Teknik Bercerita Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah - Bilik Syarahan 2 
9:00 PAGI - 5:00 PTG Bengkel Ilustrasi Buku Kanak-Kanak - Bilik Syarahan 1 
10:00 PAGI - 11:00 PAGI Meet & Greet : Omar & Hana - Pentas Utama 
10:00 PAGI - 11:00 PAGI Clown Magician - Pentas Utama 
10:00 PAGI - 12:00 PTG Forum : Hala Tuju Sastera Kanak-Kanak Malaysia (MABOPA) - Bilik Serbaguna 
10:00 PAGI - 1:00 PTG Bengkel KOMSAS - Bilik Jamuan 
10:00 PAGI - 1:00 PTG Bengkel Genius Sifir - Teater Kanak-Kanak 
10:00 PAGI - 1:00 PTG Bengkel Penghayatan Buku Bergambar - Auditorium 
10:00 PAGI - 4:00 PTG Sesi Bercerita - Sudut Bacaan 
11:00 PAGI - 12:00 PTG Tips Melukis Komik- Pentas Utama 
12:00 PTG - 1:00 PTG Diskusi Sastera Kanak-Kanak 3 - Bilik Serbaguna 
12:00 PTG - 1:00 PTG Persembahan Teater Si Tudung Merah - Pentas Utama 
1:00 PTG - 2:00 PTG Books Kidz Love - Pentas Utama 
1:00 PTG - 2:00 PTG Meet & Greet : Omar & Hana - Pentas Utama 
2:00 PTG - 3:00 PTG Persembahan Boneka - Pentas Utama 
2:00 PTG - 3:00 PTG Diskusi Sastera Kanak-Kanak 4 - Bilik Serbaguna 
2:00 PTG - 5:00 PTG Bengkel Visual StoryTelling 101 - Bilik Syarahan 2 
2:00 PTG - 5:00 PTG Bengkel Melukis Komik - Teater Kanak-Kanak 
3:00 PTG - 4:00 PTG Books Kidz Love - Pentas Utama 
3:00 PTG - 4:00 PTG Meet & Greet : Omar & Hana - Pentas Utama 
3:00 PTG - 5:00 PTG Pertandingan Sahiba Jawi - Bilik Serbaguna 
4:00 PTG - 5:00 PTG Tayangan Cereka - Pentas Utama


Kat bawah ni pulak adalah link untuk pendaftaran kalau anak-anak uolls nak join bengkel dan juga pertandingan ya... masih terbuka lagi pendaftaran ni... just check it out tau...

Bengkel Visual Storytelling boleh hubungi : 012-3704948 / 014-2635329 

See you gaissss kat sana tau... jangan lupa temu-janji kita... hehehehe...

xoxo