| CARA MUDAH TEBUS e-PEMULA RM150 MELALUI GRABPAY | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. Masih lagi dengan cara menebus e-Pemula. Kali ni makcik nak share dengan korang berkenaan CARA MUDAH TEBUS e-PEMULA RM150 MELALUI GRABPAY. Sekiranya korang takde GrabPay tapi ada aplikasi lain seperti BigPay, boleh je tebus RM150 kat sini.
DAFTAR GRAB APPS
1) Download applikasi GRAB di sini.
2) Korang boleh terus daftar e-dompet serta-merta dengan memasukkan nama penuh, alamat e-mel, nombor telefon dan nombor MyKad.
CARA MENGAKTIFKAN e-WALLET GRABPAY
1) Ketik pada tab Payment pada nenu bar..
2) Klik pada Set up GrabPay wallet.
3) Isikan butiran yang diperlukan seperti nama dan nombor MyKad korang.
4) Dompet korang telah disediakan dan sedia untuk dinambah nilai!
CARA UPGRADE e-WALLET GRABPAY
Bagi melayakkan korang untuk mohon dan tebus ePemula RM150, korang perlu upgrade GrabPay e-wallet. Begini caranya.
1) Masukkan nama penuh berserta nombor MyKad dan halaman seterusnya klik pada "Upgrade Wallet"
2) Upload gambar MyKad bersama-sama selfie muka korang.
3) Masukkan butiran peribadi seperti yang diminta dan proses pengesahan hanya mengambil masa 2 hingga 3 hari sahaja.
4) Sekiranya akaun korang telah disahkan, korang boleh mula tebus ePemula RM150 dengan klik pada banner di halaman utama.
Baucar tunai e-Pemula bernilai RM150 boleh digunakan untuk berbelanja di beribu-ribu peniaga yang menerima pembayaran dalam kedai GrabPay di seluruh negara.
Selain itu, korang juga akan mendapat baucar bernilai RM150 untuk dibelanjakan di GrabFood dan baucar bernilai RM60 daripada rakan kongsi eksklusif Grab seperti di bawah.
1) Diskaun sehingga RM30 untuk bayaran dalam kedai GrabPay
2) Diskaun 30% untuk Tawaran Panas GrabFood
3) Diskaun RM5 Starbucks di kedai melalui GrabPay
4) Diskaun RM5 Watsons di kedai melalui GrabPay
5) Diskaun RM3 untuk Family Mart di kedai melalui GrabPay
6) Diskaun RM5 Baskin Robbins di kedai melalui GrabPay
7) Diskaun RM10 di kedai Harvey Norman melalui GrabPay
8) Diskaun RM10 untuk Harvey Norman dalam talian melalui GrabPay
9) Diskaun RM10 untuk Bottoms Lab dalam talian melalui GrabPay
10) Diskaun RM2 di kedai myNEWS melalui GrabPay
11) Diskaun RM10 untuk Pembelian Baucar UniPin
Korang juga akan memperoleh GrabRewards dengan setiap transaksi!
ADA IMPIAN BESAR UNTUK MASA DEPAN?
Jadilah antara yang terawal menuntut! Penuntut yang berjaya melalui GrabPay juga akan berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada program latihan (internship) Grab Malaysia. Ini adalah peluang korang untuk menjadi sebahagian daripada projek yang memberi kesan kepada berjuta-juta rakyat Malaysia di seluruh negara.
Untuk info lanjut berkaitan ePemula GrabPay, korang boleh rujuk di sini.
BACA JUGA:
#epemula #estart #bajet2022 #belanjawan2022 #rm150epemula #mohonepemula #belia #pelajar #shopeepay #bigpay #grabpay #touchngo
xoxo
0 Comments