RESEPI NASI AYAM HAINAN YANG CUBA SEKALI PASTI NAK LAGI

| RESEPI NASI AYAM HAINAN YANG CUBA SEKALI PASTI NAK LAGI | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. Antara perkara yang kami sekeluarga mesti lakukan setiap hari adalah makan bersama-sama. Walau sesibuk mana pun aktiviti seharian kami, my husband and I will always pastikan yang kami sekeluarga akan makan bersama-sama at least one time a day.

Pada waku makan itulah kami akan berbicara tentang apa yang berlaku berkisar tentang aktiviti seharian masing-masing. Ada yang menyeronokkan, ada yang membingungkan, ada yang membosankan, ada yang menyedihkan dan macam-macam lagi. Kesemuanya kami cuba cakna sebaik-mungkin agar anak-anak sentiasa tahu that we will always be there anytime and anywhere they would need us. Yelah, masing-masing kan sibuk. Budak-budak sekolah rendah pun penuh dengan aktiviti gais. Jadi, inilah masa terbaik untuk kami beramah-mesra bersama seisi keluarga kecil kami, tak gitu?

Waktu makan, kami suka makan yang simple-simple je. Alhamdulillah, setakat ni, makcik masak je apa yang makcik reti dan apa yang pakcik korang dan anak-anak nak makan, bolehlah. Nak kata sedap sangat tu tidak. Tapi, ada jugalah buat catering untuk tempahan kecil-kecilan, hehehehe. Kalau nak order, boleh klik kat sini. Keluarga kami ni sejenis yang tiba-tiba je rasa nak makan, masa tu terus masak, haa gitu. Kalau korang nak tahu, makcik pernah tau tiber pukul 10 malam masak bubur kacang. Haaa, sebabnya, pakcik korang tetiba je nak makan bubur kacang. Alhamdulillah ada bahan-bahannya, kalau ada bahan, makcik ONS je.

Oh ya, baru-baru ni, makcik ada cuba resepi Nasi Ayam Hainan daripada Azie Kitchen. Sedap, alhamdulillah. Ni yang nak share dengan korang ni. Senang je nak buat. Cuba tau!


BAHAN BAHAN


1 ekor ayam
Kosher salt
4'' halia muda saiz 1/4'' setiap satu
2 batang daun bawang saiz 1" setiap satu
1 sudu kecil minyak bijan

BAHAN-BAHAN UNTUK NASI

2 sudu besar chicken fat atau 2 sudu besar vegetable oil
3 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia muda - cincang
2 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit 
2 cawan air rebusan ayam 
1/2 sudu kecil sesame oil
1 sudu kecil kosher salt

BACA INI JUGA:



BAHAN-BAHAN UNTUK SOS CILI

1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sriracha chili sauce
4 cili merah dan sedikit cili padi
4 ulas bawang putih 
1 inci halia
Sedikit garam

BAHAN-BAHAN UNTUK SOS AYAM

1 sudu besar minyak garlic
1 sudu kecil sesame oil
5 sudu besar light soya sauce
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam

BAHAN-BAHAN UNTUK HIASAN

1/4 cawan dark soy sauce
Sedikit daun ketumbar
1 timun


CARA CARA


1. Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam. Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam. Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci sehingga menenggelamkan ayam. Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak. Sebaik memggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit. Cucuk dengan chopstik di bahagian paha untuk melihat samada ayam dah masak.

2. Selepas ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan kulitnya rangup dan isinya lembut. Buang halia dan daun bawang. Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.

3. Untuk memasak nasi: Tos beras yang direndam. Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam, masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 2 minit. Masukkan minyak sesame dan garam. Masukkan air rebusan ayam dan masaklah dalam periuk elektrik. Jika suka boleh juga letak daun pandan.

BACA INI JUGA:


4. Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan  minyak sesame. Potong ayam untuk dihidangkan. Atau boleh juga, dipotong dahulu sebelum melumur. Sebelum dihidang, tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong.

5. Untuk membuat cili sos: Kisar semua bahan sehingga halus.

6. Untuk membuat sup:  Panaskan sup dan masukkan garam dan masukkan bawang goreng atau daun bawang sebagai hiasan. 

Hidangkan nasi ayam dengan sos cili, dark soy sauce, hirisan timun dan sup. Letakkan daun ketumbar atas ayam dan sedikit atas nasi.

Credit: Azie Kitchen

xoxo

Post a Comment

0 Comments